Tipss kejayaan.
Perkongsian Anakanda Husna Mardhiyyah bt Mohd Fauzi
Calon SPM 2016 11A+
SM Imtiaz YT Kemaman
Tarikh : 14hb Jun 2017
Jam 8.15 pg
Di SMKA Dato' Haji Abbas
Sasaran : 1231 murid + 93 guru + 27akp SMKADHA
Dicatat oleh:
Us Awang Sulong
Pengetua SMKADHA
Konsep kejayaan :
1. Kejayaan hakiki - Syurga
Kejayaan sementara - dunia
Kunci kejayaan adalah menjadi khalifah atas muka bumi dan bermatlamat ibadah utk dpt dunia dan akhirat.
2. Start dari Ting 1 - jangan pernah rasa terlambat utk studi / ulangkaji. Balik nanti, selepas ini buat analisis dahulu matapelajaran yg tidak faham ikut topik.
Buat jadual aras kesukaran topik yg tidak faham. Esok terus jumpa guru subjek yg tidak faham bab2 yg tak faham tersebut.
3. Fokus kpd apa yg guru ajar. Dalam kelas mesti cuba fokus betul2, faham yg cikgu ajar topik pada masa itu. Bawa dan makan kismis, zat besi membantu peredaran darah dlm badan kita. Digalakkan makan kismis utk merangsang perjalanan darah kita. Di samping bgus utk kesihatan, dpt pahala krn mengamalkn sunnah.
4. Yang tidak faham jangan tangguh2. Terus rujuk kpd guru apa2 yg tidak faham.
5. Jadual persendirian belajar mana2 topik yg tidak faham. Beri fokus utk kuasai topik yg tidak faham sebelum ini.
6. Dlm jadual waktu sediakan juga masa utk menjawab latihan bukan hanya utk ulangkaji
7. Ujian Visual Kinestatik. Kenalpasti teknik pmbelajaran yg sesuai dgn kita supaya dapat bljr dg efektif utk menguasai topik2 mata pelajaran.
Apa yg kita belajar hari ini hanya masuk dlm memori sementara, dlm masa 48 jam cuba ingatkan semula apa yg diajar.
8. Sediakan masa utk membuat nota.
9. Solawat kpd Rasulullah 3 kali dan istghfar 3 kali, dan diakhiri dgn penghulu istghfar.
10. Baca doa yg nabi baca ketika nabi terima wahyu.
11. Walaupun murid tidak pernah dapat 1A, tidak mustahil utk dpt straight A dan mencipta kejayaan. Biar kita sedar diri yg diri kita lemah. So kita kenalpasti kelemahan yg ada pada diri kita, pasangkan tekad utk baiki prestasi kecemerlangan diri.
12. Cerita khalifah Umar al-Khattab. Seorg yg amat garang dan kuat memusuhi islam akhirnya masuk islam dan membantu Rasulullah (saw). Kuasa Allah memberi iman kpd Umar. Kuasa Allah tiada batasan. Kuasa Allah jika dia nak beri pasti diberi kpd kita. Tidak mustahil murid yg lemah boleh capai cemerlang jika Allah mengizinkan.
13. Doa senjata mukmin. Berdoa jika kita nak minta Allah berikan kejayaan utk kita. Lepas peperiksaan pun, teruskan berdoa & doakan khusus contoh minta 11A+ bukan sekadar " cemerlang" .. contoh doa Ya Allah anugerahkan aku 100 % markah dlm subjek fizik". Yakinkan yg Allah akan berikan kita kejayaan.
14. Kejayaan kita mesti fokus kpd akhirat. In sha allah dunia akan dpt kita bersama-sama dgn kita utamakan akhirat ini.
15. Tingkatkan hubungan kita dgn Allah & jaga hub sesama manusia.
Jaga hubungan kita dgn ibubapa dan guru-guru. Sntiasa hubungi ibubapa jika tinggal jauh.
Contoh : "ummi, maafkan segala kesalahan Husna dlm minggu ini dan tolong doakan Husna dpt menjawab soalan paper fizik esok." Restu ibubapa dgn ucapan " aamin " menjadi senjata ampuh kita sbg anak.
16. Jaga hubungan kita dgn guru kita. Sntiasa dapatkan restu guru2 kita utk kita meneruskan pengajian dgn guru kita.
17. Jaga hubungan baik dgn rakan2 kita sentiasa.
18. Jaga pemakanan kita. Kita sentiasa istighfar agar kita tidak terkesan dgn pemakanan kita yg mungkin ada unsur syubhah.
Pemakanan ini menjadi darah daging kita yg kita gunakan utk belajar. Kisah pembuat roti di zmn sahabat yg sntiasa jaga pmakanan halalan toyyiba; sentiasa istighfar agar tiada unsur2 yg tidak baik yg beliau jual dan menjadi makanan kpd pembeli roti. Banyakkan istighfar sentiasa.
19. Setiap perlakuan kita biar sentiasa dlm redha Allah. Amalkn Solat dhuha, witir & solat hajat.
20. Elakkan maksiat walaupun sekecil2 maksiat dlm diri kita. Maksiat menjadikan kita malas belajar, susah nak ingat & x minat belajar.
21. Bangun awal pagi bc ayat2 suci alquran walaupun hanya satu ayat. Jika sempat baca yasin.Peruntukkkan masa khas utk membaca al Quran; bukan bila ada masa tersisa shj.
22. Surah Al fatihah, Selawat & Surah Al Buruj.
Nota:
1. Senyum itu sedekah.
2. Sentiasa mohon restu & maaf serta doa
Comments
Post a Comment